“Errr... Sat-sat... Saya bukan scammer. Saya ni Azlan Shah tak dak Raja, dari library.”
Dan aku...
Teruih menelan ayaq liur aku.
“Ohhh...”
“Ingat?”
“Ya-ya... Mestilah saya ingat. Baru kelmarin kita jumpa.”
Aku dah mula berpeluh. Lagu mana nak menipu lagu kena amnesia? Dalam telefon pun dah berpeluh. Apa lagi berdepan!
“Maaf ya, pasai tak sat. Nomboq ni selalu ada scammer yang call. Anyway, ada apa Encik Azlan call?”
“Cik Intan kenai Dato’ Herman?”
“Itu ayah saya.”
“Oh... Tu ka? Lagu ni, saya ada terima 100 buah almari daripada syarikat HI Construction. Depa kata almari ni daripada Cik Intan. So... Hat ni untuk event tu ka?”
Aku...
Menepuk dahi.
Ayah ni!!!
“Saya agak pelik, pasai pengarah saya habaq... Dato’ Herman, pengerusi HI Construction tu minta maaf kat dia pasai lambat ganti almari yang roboh tu. Dia baru tau yang anak dia pernah robohkan almari pada 10 tahun lepaih. Jadi, pengarah saya tanya saya since saya satu-satunya pekerja yang kerja kat sini selama 10 tahun. Setahu saya, tak dak almari yang roboh. Jadi, saya nak confirmkan dengan Cik Intan... Sebenaqnya hat mana satu?”
Hat mana satu apa?
Tentang peristiwa tu ka...
Sama ada roboh atau jatuh?
Haih...
Ingat Intan...
Hang amnesia!
Buat aje lagu tak ingat apa!
“Hmmm... Almari tu bukan untuk event tapi memang untuk library. Saya tak perlukan almari untuk buat wedding. Saya tak taulah pasai apa ayah saya kata saya ada robohkan almari. Dia tu suka bergurau. Siapa tak kenai dengan Dato’ Herman... Dia memang loqlaq...”
“Sungguh ka...”
“Sungguh. Jadi, tak payah pikiaq apa-apa. Apa dia bagi, ambil aje.”
“Baiklah... Terima kasih ya untuk sumbangan ini. Saya akan terimanya dengan hati yang terbuka. Dato’ Herman tu baik betui. Tapi kan...”
“Tapi apa tu?”
“Kalau dia tau cerita sebenaq yang berlaku 10 tahun yang lepaih, agaknya... Dia bagi apa ya? Almari ka? Penampaq ka?”
Petepek!
Rasa tertampaq muka sendiri!
#KISS